PUTRAJAYA: Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan dua nyawa, minggu lalu.
Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang memakai baju-T berwarna kelabu, sebagai pemandu treler jenis Foton Auman dituduh memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Persiaran Utara di sini, pada jam 10.14 pagi, 20 September lalu.
Bagi kes ini, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Amalina Abu Hanifah mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 namun lelaki berusia 29 tahun yang tidak diwakili peguam itu merayu kadar berkenaan dikurangkan.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Aima Nabila membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis terdekat, sekali setiap bulan.
Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 25 Oktober depan.
Pada Rabu minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh individu cedera dalam kemalangan membabitkan treler muatan batu pasir di Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini.
Kemalangan ini membabitkan 14 kenderaan iaitu treler, tujuh kereta dan lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik.
Dua mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq dan pekerja di Mahkamah Ampang, Yuswar.
Menurut pihak polis, berdasarkan siasatan awal, pemandu treler itu mendakwa tidak sempat memberhentikan kenderaan ketika melalui jalan berkenaan.
Hasil semakan, polis berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret. - Gambar/ Sinar Harian
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Nahas Putrajaya: Pemandu treler tidak mengaku memandu secara berbahaya
Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.
Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa Isnin
Pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.